KENAPA BEGITU??
liga MSL bakal bermula tahun hadapan…khabar angin mengatakan musim depan liga M bakal diserikan dengan awang-awang import…..Perlukah kita kepada pemain import?? Impak pemain import nyata ditagih sesetengah pasukan contohnya seperti Kedah yang merudum tanpa kehadiran pemain import. Kekalahan 6-2 dalam saingan AFC kepada kelab Vietnam sebagai contoh menunjukkan betapa khidmat pemain import memang ditagih untuk saingan di peringkat yang lebih tinggi.
Langkah FAM melarang penggunaan pemain import memang satu langkah ke belakang. Alasan kononnya untuk memberikan peluang kepada pemain tempatan dan juga masalah kewangan kelab selain awang import yang tak berkualiti adalah TIDAK munasabah.
SEPATUTNYA BEGINI…
Pemain import memang diperlukan dalam saingan liga Malaysia. Alasannya mudah, liga terkemuka di seluruh dunia EPL, Spanish La Liga, Seria A, J league membenarkan pemain import, kenapa tidak Liga M???. Seandainya FAM mempunyai forward thinking, sudah tentunya penggunaan pemain import tidak menjadi isu tetapi apabila ada campurtangan politik, kita melihat pengaruhnya terbawa-bawa. Mentaliti mahu membangunkan anak bangsa dengan melarang pemain import adalah satu lagi bentuk “subsidi” yang akhirnya menyebabkan anak bangsa semakin mundur disebalik peluang yang diberikan.
Seriously, bagaimana kita menjangkakan pemain kita akan maju sekiranya persaingan tidak kompetitf sedangkan kita semua tahu nature manusia yang akan memberikan terbaik apabila berada dibawah tekanan di luar comfort zone masing-masing. Bagaimana kita ingin mengharapkan pemain pertahanan seperti Norhafiz Zamani Misbah dan Zaquan Adha untuk berdepan dengan penyerang seperti Drogba, Rooney sedangkan lawan di setiap minggu hanyalah Hairudin Omar dan Nizarudin Yusof? bukan berniat untuk merendahkan, tetapi bagaimana pula kita ingin mengharapkan penyerang seperti Hairudin Omar, Safee Sali dan Akmal rizal untuk menembusi pertahanan seperti John Terry dan Allesandro Nesta sekiranya lawan disetiap minggu hanyalah anak tempatan yang jauh kualitinya jika dibandingkan dengan nama-nama besar tadi.
Memang tidak adil untuk membandingkan pemain-pemain tempatan dengan nama-nama besar seperti Ronaldo dan Rooney, tetapi bukankan mereka ini yang perlu diatasi seandainya kita, Malaysia, pernah bermimpi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia?
Liga M sepatutnya menjadi medan untuk pemain kita menimba pengalaman. Kita tidak mampu untuk menghidangkan pemain kita dengan peluang untuk berdepan dengan kelab seperti Manchester United, Chelsea atau Liverpool saban minggu, langkah paling baik ialah memberi peluang kepada pemain tempatan untuk bersaing dengan bakat dari seluruh dunia yang mampu dibawa oleh pasukan tempatan. Setiap pasukan yang bertanding patut dibenarkan menggunakan sekurang-kurangnya 4 pemain import supaya mereka ini dapat meletakkan satu standard untuk untuk diikuti oleh pemain tempatan. Angka 3 yang dibenarkan FAM sebelum ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 22 pemain dalam satu-satu pasukan. Pendek kata, last2 pemain import yang ikut malas seperti pemain tempatan.
SEBELUM KITA BERMIMPI UNTUK PERGI KE WORLD CUP, BUKANKAH SEPATUTNYA KELAB-KELAB KITA DIGERUNI DI ASIA TENGGARA, DI ASIA DAN SETERUSNYA DI DUNIA? BEGITU JUGA DENGAN NEGARA KITA BUKANKAH SEPATUTNYA MENJADI JUARA DI ASIA TENGGARA, DI ASIA DAN SETERUSNYA DI DUNIA???…..
lu pikir la sendiri!!!!!!!